PENGENALAN
Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaraskan dan mengimplementasikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga Politeknik Jeli Kelantan (PJK) yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit ini adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PJK.
FUNGSI
- Sumber rujukan utama dalam pelaksanaan SPK di Politeknik.
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau SPK agar selaras dengan keperluan standard yang telah dikuatkuasakan.
- Merancang, menyelaras dan melaksana kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK.
DASAR KUALITI PJK
Dasar kualiti PJK adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang akuakultur dan agroteknologi melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PJK komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
CARTA ORGANISASI