Jabatan Hal Ehwal Pelajar
PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan , disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar. Pengurusan jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna.
UNIT PENGAMBILAN
♦ Peranan unit adalah berkaitan dengan urusan:
♦ Melaksanakan dasar pengambilan pelajar baharu
♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa
♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar
♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar(SPMP)
UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib ) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk :
♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi
♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut
♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar
UNIT KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Antara tangungjawab unit ini termasuklah :
♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan
♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar
♦ Menguruskan hal-hal berkaitan penginapan/ asrama pelajar
♦ Badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan kelab/persatuan pelajar
CARTA ORGANISASI