ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802

PENGENALAN JABATAN

Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) sebagai sebuah jabatan induk Politeknik Jeli Kelantan (PJK) telah ditubuhkan pada oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan mula beroperasi pada 2014.

JAB bermatlamat untuk menghasilkan graduan TVET yang terlatih dan mampan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih tinggi selari dengan dasar kebangsaan yang berkaitan (Pelan Pertanian Negara, Dasar Agro-Makanan Kebangsaan).

JAB menawarkan dua program pengajian iaitu DIPLOMA AGROTEKNOLOGI dan DIPLOMA AKUAKULTUR.

This image for Image Layouts addon

Diploma
AGROTEKNOLOGI

Agroteknologi bermaksud penerapan teknologi dalam bidang pertanian. Ia memberi tumpuan kepada proses pertanian yang lengkap iaitu penanaman tanaman, amalan agronomi, pra dan pasca penuaian, serta pengurusan pertanian di semua jenis sistem penanaman, termasuklah penggunaan teknologi moden, penjenteraan, dan unsur-unsur Internet of Thing (IoT).
 
Menurut dasar kebangsaan (Dasar Agromakanan Negara), agroteknologi merupakan salah satu industri yang paling kompetitif yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sesungguhnya, negara memerlukan modal insan yang kompetan dan kreatif melalui program latihan jangka panjang Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Maka, untuk memenuhi keperluan negara, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menubuhkan Program Diploma Agroteknologi untuk pelajar politeknik demi masa depan yang cerah selari dengan aspirasi pembangunan ekonomi negara. Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini, teknologi mampan, keusahawanan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan dalam bidang agroteknologi.
This image for Image Layouts addon

Diploma
AKUAKULTUR

Akuakultur merupakan suatu proses penternakan spesis hidupan air tawar dan air payau/masin di dalam suatu persekitaran yang terkawal. Ia merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air.
Akuakultur telah dikenal pasti sebagai salah satu industri yang paling kompetitif yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih tinggi, berdasarkan kepada Dasar AgroMakanan Negara (DAN).
Terdapat potensi dan cabaran yang besar untuk meningkatkan rantaian nilai dengan mengukuhkan modal insan yang kompeten dan kreatif melalui Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) menerusi pembangunan akuakultur yang mampan.
Diploma Akuakultur direka dalam enam semester termasuk satu semester penuh Latihan Industri untuk menyediakan pelajar dengan ciri-ciri yang diperlukan dalam perkembangan teknologi pertanian akuatik. Maka, penggunaan teknologi maklumat sangat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dalam bidang industri akuakultur.
Program ini akan mendedahkan pelajar aspek amalan akuakultur termasuk latihan komprehensif dalam pusat pembenihan dan kolam ternakan, bermula dari penternakan ikan hingga penuaian dan pemasaran. Pelajar akan didedahkan kepada dunia sebenar industri akuakultur untuk mendapatkan pengalaman berharga dan pengukuhan asas. Oleh itu, ia akan memberi pelajar asas pengetahuan dan kemahiran yang baik untuk menyesuaikan diri dengan teknologi dan cabaran baru.

VISI DAN MISI JABATAN

VISI:
Menjadi institusi TVET tersohor yang dipimpin industri dalam bidang Agroteknologi dan Bio Industri di Malaysia.


MISI:
♦ Menyediakan program TVET yang berkualiti dan diiktiraf melalui kurikulum yang dipimpin industri.
♦ Menghasilkan graduan holistik yang berdaya keusahawanan serta menyumbang kepada bidang Agroteknologi dan Bio Industri.
♦ Berperanan sebagai pusat rujukan dalam bidang Agroteknologi dan Bio Industri melalui penglibatanaktif hingga ke peringkat antarabangsa.


MOTO:
Profesionalisma Jana Kegemilangan.

Carta Organisasi
  • JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
SENARAI PENSYARAH AKUAKULTUR
SENARAI PENSYARAH AGROTEKNOLOGI
logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.

VCNT - Visitorcounter

Today 100

Yesterday 55

Week 212

Month 1211

All 129454

Currently are 55 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian