Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan jutaan tahniah kepada Jawatankuasa SmartGreen Politeknik Jeli Kelantan (PJK) yang mengambil inisiatif untuk memperhebatkan lagi aktiviti-aktiviti Pembangunan Mampan di PJK. Pihak Pemgurusan Tertinggi PJK bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sentiasa komited untuk mencapai Agenda Mampan yang digariskan di Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC). Saya berharap agar semua warga PJK dapat menghayati blueprint ini demi mencapai visi dan aspirasi BSGPC. Dalam usaha PJK merealisasi Visi PJK iaitu Menjadi Institusi TVET yang unggul, Pengurusan Pendidikan yang mampan dilihat mampu diterjemahkan dengan jayanya. Perkara ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SGDs) Bangsa-bangsa Bersatu. Akhir kata, saya berharap segala strategi dan pelan strategik yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, menjadi contoh kepada komuniti sekitar serta menjadikan PJK sebagai pakar rujuk dalam melaksanakan amalan hijau. Sekian, terima kasih.
Dr. Haji Mohd Daud bin Isa
Pengarah Politeknik Jeli Kelantan