Politeknik Jeli telah memulakan operasinya pada 1 April 2007 di bangunan Perpustakaan Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seramai empat orang pegawai iaitu En Mohd Sopian Bin Bahauddin,AMP (Pengarah), Tn. Hj. Ibrahim Bin Abdullah (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik), Pn. Siti Noor Bt Abdullah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) dan En. Shafwan Bin Ismail (Pegawai Pembangunan) merupakan tonggak utama di awal penubuhan Politeknik ini. Buat permulaan, seramai 34 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik (SKE) bagi sessi Julai 2007 dan mereka merupakan pelajar perintis.
Kampus tetap Politeknik Jeli telah dibina melibatkan kos hampir RM 124 juta yang meliputi kawasan seluas 122 ekar. Kampus ini siap sepenuhnya pada tahun 2013. Dari segi lokasinya, Politeknik Jeli berada di antara bandar-bandar Kota Bharu, Lojing, Cameron Highlands, Kuala Terengganu serta Tasik Pergau,Tasik Banding dan Tasik Kenyir yang menjadi pemangkin kepada program-program yang ditawarkan.
Pada 14 Februari 2013, Majlis Penyerahan Projek Kampus Tetap Politeknik Jeli telah diadakan di Kampus Tetap Politeknik Jeli oleh pihak JKR kepada Jabatan Pengajian Politeknik. Bermula dari 1 Mac 2013, Politeknik Jeli Kelantan telah beroperasi secara RASMI di Kampus Tetap Jeli. Pengambilan PERTAMA pelajar dilakukan pada semester Jun 2013. Program yang pertama dilaksanakan di Politeknik Jeli ialah Diploma Agroteknologi & Akuakultur
Today 100
Yesterday 55
Week 212
Month 1211
All 129454
Currently are 48 guests and no members online