ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802

Latar Belakang Unit Perhubungan & Latihan Industri

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) di Politeknik Jeli Kelantan merupakan unit yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan urusan dan aktiviti yang berkaitan Latihan Industri bermula daripada sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.

Latihan Industri merupakan salah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar. Ia juga merupakan satu kursus yang disyaratkan lulus sebelum pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelajar perlu mendaftar kursus Latihan Industri satu semester lebih awal sebelum ditempatkan di mana-mana firma, jabatan, syarikat atau organisasi yang sesuai dengan bidang pengajian mereka. Tempoh pelajar menjalani Latihan Industri adalah selama 20 minggu.

 

MISI DAN VISI

MISI VISI
Menguruskan penempatan pelajar di tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang pengajian.

Melaksana pemantauan semasa pelajar menjalani latihan industri disertai dengan bimbingan daripada pihak industri.
Menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan berketrampilan bagi pembangunan industri berasaskan agroteknologi dan bio-industri.

 

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar:

i.   Mengaplikasi teknologi yang dipelajari

ii.   Berkomunikasi dengan berkesan

iii. Mengamalkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan

iv. Sentiasa mematuhi polisi, prosedur, peraturan organisasi dan beretika

v.  Menerangkan tugas-tugas semasa latihan industri mengikut format yang ditetapkan / Menghasilkan laporan latihan industri 

 

Peranan dan Fungsi Unit Perhubungan & Latihan Industri

i.   Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri

ii.   Mengurus penempatan tempat latihan industri yang bertepatan dengan program pengajian pelajar

iii. Mengurus dan mengatur penyeliaan semasa pelajar menjalani latihan industri

iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan latihan industri

v.  Mengurus proses penilaian setelah pelajar tamat menjalani latihan industri

 

Carta Organisasi

 

 

 

Kakitangan

   
 

Nawawi Bin Ismail

Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri
 

Marini Binti Nafi

Penyelaras

(Diploma Agroteknologi)

Aina Lyana Binti Mohamad Ali

Penyelaras

(Diploma Akuakultur) 
logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.

VCNT - Visitorcounter

Today 101

Yesterday 55

Week 213

Month 1212

All 129455

Currently are 50 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian