Pengenalan
Penubuhan COT adalah untuk membantu mencapai hasrat transformasi politeknik iaitu:-
- Melonjak politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET
- Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar ianya selari dengan kehendak pembagunan ekonomi negara
- Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berjaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing
- Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik
- Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar.
Kelima – lima hasrat diatas perlu menjadi asas dalam perancangan dan pelaksanaan segala program / aktiviti berkaitan pembangunan COT di politeknik.
COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan di politeknik digunakan atau di aplikasi melalui;
- Pembangunan jaringan kolaborasi
- Pemberian perkhimatan kepakaran
- Pelaksanaa penyelidikan dan inovasi
COT juga berfungsi sebagai pusat rujukan dalam bidang tujahan yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti, masyarakat dan industri berkaitan.
Visi
Menjadi unit COT yang diiktiraf oleh komuniti dan industri dalam bidang tujahan di dalam dan luar negara.
Misi
Menggalakkan kecemerlangan dalam bidang tujahan melalui perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran.
Carta Organisasi
PENGENALAN
Unit Keusahawanan Politeknik Jeli (UKPJ) telah ditubuhkan pada 2 Jun 2011. Sepanjang tempoh tersebut terdapat beberapa program dan aktiviti yang dilaksanakan di Politeknik Jeli antaranya ialah :
♦ Penubuhan Inkubator Rooftop Gardening
-Dirasmikan oleh Dato Sri Mustapa Bin Mohammad pada 23 Julai 2011
♦ Penubuhan Inkubator Projek Keusahawanan Labok
-Dirasmikan oleh Ustaz Wan Zulkifly Bin Wan Zakaria pada 22 Jun 2012
♦ Penubuhan Inkubator Lebah Kelulut pada 26 september 2013
♦ Penubuhan Inkubator Keli Salai pada 17 April 2015
♦ Penubuhan kios wafer dan ais blended pada 8 Julai 2015
CARTA ORGANISASI