Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersialan (UPIK)
Pengenalan
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk menjadi peneraju pembudayaan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga politeknik. Ia berfungsi sebagai pusat bagi penyelarasan aktiviti penyelidikan dan inovasi seperti pertandingan atau pameran produk inovasi. Selain itu, membantu aktiviti pembentangan dan penerbitan kertas kerja penyelidikan.
Visi
Menjadi pusat penyelidikan dan inovasi yang unggul dalam bidang Agroteknologi dan Bio-Industri.
Misi
Membangun dan membudayakan penyelidikan dan inovasi selari dengan perubahan dan keperluan semasa.
Objektif
Objektif adalah seperti berikut:
1. Menyelaras, membangun dan memantau aktiviti penyelidikan dan inovasi.
2. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran penyelidikan warga politeknik.
3. Menyebar dan bertukar maklumat penyelidikan dan inovasi.
4. Membantu untuk mengkomersialkan produk hasil penyelidikan dan inovasi.
Carta Organisasi