PENGENALAN
Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab menguruskan hal hal berkaitan pengurusan pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan Politeknik Jeli Kelantan. Terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Perkhidmatan.
UNIT PENTADBIRAN
Menguruskan urusan pentadbiran am Jabatan, kawalan keselamatan, kemudahan lojistik dan perkhidmatan penyenggaraan kebersihan bangunan dan kawasan Jabatan.
UNIT KEWANGAN
Menguruskan Kewangan Jabatan meliputi penyediaan anggaran belanja mengurus tahunan Jabatan(ABM), perolehan, bayaran gaji dan elaun kakitangan dan menyenggara akaun amanah.
UNIT PERKHIDMATAN
Menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan meliputi penyenggaraan rekod perkhidmatan, cuti, pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan, pertukaran, pengistiharan harta, latihan dan HRMIS.
VISI
Pengurusan yang cekap, kemas dan teratur
MISI
Kakitangan yang berdisiplin, terlatih, cekap dan amanah.