Jabatan Pengajian Am
PENGENALAN
Jabatan Pengajian Am (JPA) berperanan sebagai jabatan sokongan kepada jabatan induk dalam merealisasikan visi dan misi Politeknik Jeli Kelantan dengan penawaran kursus berkaitan di bawah Mata Pelajaran Umum (MPU). Jabatan ini terdiri daripada dua unit utama iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral yang digerakkan oleh 8 orang pensyarah termasuk Ketua Jabatan.
Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab membantu para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi. Manakala, Unit Pendidikan Islam dan Moral berperanan penting dalam menyemai dan menanam nilai-nilai murni serta semangat patriotisme di kalangan pelajar politeknik.
VISI
Penjana ke arah modal insan yang holistik
MISI
Melahirkan modal insan yang beretika dan berketrampilan melalui pendidikan yang efektif dan efisien