PENGENALAN | ||||||||
Unit Teknologi Maklumat(UTM) PJK telah ditubuhkan pada Oktober 2009. Adalah menjadi matlamat kami untuk melaksanakan rangkaian kampus,servis komputer, pembangunan perisian di dalam PJK. UTM juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi PJK selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, UTM memainkan peranan untuk memberi khidmat sokongan kepada kakitangan bukan akademik dan akademik bagi menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas melibatkan penggunaan teknologi maklumat dengan lebih berkesan. Matlamat utama UTM adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian serta perkhidmatan ICT di PJK. |
||||||||
|
||||||||
MISI DAN VISI |
||||||||
|
||||||||
N
OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARA
Melaksanakan penyenggaraan dan pembangunan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan untuk mencapai persekitaran yang kondusif dan infrastruktur yang optimum.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN DAN SENGGARA
- Membangunkan infrastruktur mengikut keperluan dan arahan semasa serta memastikan pembangunan dilaksanakan secara terancang.
- Menyelenggara secara berkala sistem mekanikal, elektrikal dan lain-lain seperti chiller, ganset dan memantau penyelenggaraan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
- Membaiki kerosakan yang diterima berdasarkan aduan kerosakan sama ada dibaiki secara dalaman atau melibatkan kontraktor berdasarkan kerosakan yang dikenalpasti.
- Bertanggungjawab untuk melaksanakan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang berkaitan pembangunan.
- Memantau dan menyelia perlaksanaan kerja oleh kontraktor yang dilantik.
- Memperakukan dan mengesyorkan pembayaran projek-projek yang telah siap.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan teknikal kepada pengarah.
CARTA ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan , disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar. Pengurusan jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna.
UNIT PENGAMBILAN
♦ Peranan unit adalah berkaitan dengan urusan:
♦ Melaksanakan dasar pengambilan pelajar baharu
♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa
♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar
♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar(SPMP)
UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib ) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk :
♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi
♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut
♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar
UNIT KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Antara tangungjawab unit ini termasuklah :
♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan
♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar
♦ Menguruskan hal-hal berkaitan penginapan/ asrama pelajar
♦ Badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan kelab/persatuan pelajar
CARTA ORGANISASI
Latar Belakang Unit Perhubungan & Latihan Industri
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) di Politeknik Jeli Kelantan merupakan unit yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan urusan dan aktiviti yang berkaitan Latihan Industri bermula daripada sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.
Latihan Industri merupakan salah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar. Ia juga merupakan satu kursus yang disyaratkan lulus sebelum pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Pelajar perlu mendaftar kursus Latihan Industri satu semester lebih awal sebelum ditempatkan di mana-mana firma, jabatan, syarikat atau organisasi yang sesuai dengan bidang pengajian mereka. Tempoh pelajar menjalani Latihan Industri adalah selama 20 minggu.
MISI DAN VISI
MISI | VISI |
---|---|
Menguruskan penempatan pelajar di tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Melaksana pemantauan semasa pelajar menjalani latihan industri disertai dengan bimbingan daripada pihak industri. |
Menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan berketrampilan bagi pembangunan industri berasaskan agroteknologi dan bio-industri. |
Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar:
i. Mengaplikasi teknologi yang dipelajari
ii. Berkomunikasi dengan berkesan
iii. Mengamalkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan
iv. Sentiasa mematuhi polisi, prosedur, peraturan organisasi dan beretika
v. Menerangkan tugas-tugas semasa latihan industri mengikut format yang ditetapkan / Menghasilkan laporan latihan industri
Peranan dan Fungsi Unit Perhubungan & Latihan Industri
i. Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri
ii. Mengurus penempatan tempat latihan industri yang bertepatan dengan program pengajian pelajar
iii. Mengurus dan mengatur penyeliaan semasa pelajar menjalani latihan industri
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan latihan industri
v. Mengurus proses penilaian setelah pelajar tamat menjalani latihan industri
Carta Organisasi
Kakitangan
Nawawi Bin Ismail Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri |
Marini Binti Nafi Penyelaras (Diploma Agroteknologi) |
Aina Lyana Binti Mohamad Ali Penyelaras (Diploma Akuakultur) |