Unit Perpustakaan
PENGENALAN
Perpustakaan Politeknik Jeli, Kelantan memainkan peranan penting bagi menyediakan kemudahan untuk menyokong dan membantu pengguna dalam penyelidikan, pengajian dan proses pembelajaran. Perpustakaan mula beroperasi sepenuhnya kepada pengguna bermula Julai 2014. Perpustakaan PJK boleh memuatkan penguna seramai 300 orang dalam satu masa. Perpustakaan menyediakan lebih dari 23725 buah buku dari pelbagai tajuk yang memenuhi keperluan pengajian dan pembelajaran di PJK.
VISI
Membina koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efesien, sistematik dan mesra pelanggan.
MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.
OBJEKTIF
- Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program yang ditawarkan di Politeknik.
- Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan perpustakaan dan membudayakan ilmu.
- Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
WAKTU PERKHIDMATAN
Ahad hingga Rabu : 8.30 pagi - 4.30 petang
Khamis : 8.300 pagi - 1.00 petang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum dan Kelepasan Am : Ditutup
CARTA ORGANISASI
DIREKTORI PERPUSTAKAAN