ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802

PENGENALAN

 

Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) merupakan antara tunggak terpenting dalam pengurusan pelajar Politeknik Jeli. Unit ini menawarkan khidmat mesra dan profesional di dalam membantu warga Politeknik Jeli sama ada pelajar dan staf dalam mencapai kecemerlangan diri, sahsiah dan kerjaya di samping meningkatkan kefungsian individu terhadap komuniti Politeknik Jeli khasnya serta komuniti masyarakat umumnya.Selain itu, unit ini bersedia membantu para pelajar di dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kampus, pengurusan diri dan akademik hinggalah kepada kecelaruan-kecelaruan psikologi yang dihadapi.

 

FALSAFAH

Setiap individu mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar dan staf yang seimbang dari segi intelektual, jasmani, emosi dan rohani.

 

MISI

Menjadi sebuah Unit yang mampu melengkapkan graduan dengan ilmu pengetahuan,berktrampilan, berakhlak, berkemahiran serta berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti secara fizikal dan spiritual

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik berkaitan dengan pembinaan kognitif dan tingkah laku, mengukuhkan peluang kerjaya serta bertanggungjawab kepada penerimaan pengaruh persekitaran sosial.

 

OBJEKTIF

1.PERUBAHAN KOGNITIF DAN TINGKAH LAKU

Memastikan graduan minda kelas pertama yang mampu mengukuhkan pemikiran selari dengan tingkah laku secara positif, kreatif dan kritis.

2.PENGUKUHAN KERJAYA DAN MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN

Memastikan graduan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

3.BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PENERIMAAN PENGARUH SOSIAL

Berusaha untuk bertanggungjawab membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri,masyarakat serta Negara.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit Psikologi dan Kerjaya menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada warga PNS antaranya seperti :

a)    Kaunseling Individu

b)    Kaunseling Kelompok

c)    Program dan rundingan Kerjaya

d)    Program dan rundingan Akademik

e)    Khidmat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

f)     Inventori Psikologi

 

Antara jenis ujian/inventori yang disediakan oleh UPK:

  1. Ujian Personaliti Warna (IPW)
  2. Ujian Minat Kerjaya (SDS)
  3. Ujian Personaliti Sidek
  4. Inventori Gaya Bercinta (IGB)
  5. Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)
  6. Inventori Gaya Pembelajaran Paragon
  7. Ujian Personaliti : Kehampaan
  8. Ujian Personaliti : Popular
  9. Ujian Personaliti : Tanggungjawab

 

JENIS PERMASALAHAN/ISU UNTUK SESI BIMBINGAN & KAUNSELING

  1. Kerjaya
  2. Keluarga
  3. Cinta
  4. Akademik
  5. Pengurusan dan motivasi diri
  6. Pengurusan Masa
  7. Lain-lain isu yang berkaitan

 

CARTA ORGANISASI

[Klik di sini untuk lihat]

logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.

VCNT - Visitorcounter

Today 24

Yesterday 120

Week 445

Month 1697

All 131711

Currently are one guest and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian