ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802

PENGENALAN

Objektif  penubuhan unit ini adalah untuk menyelaraskan dan mengimplementasikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga Politeknik Jeli Kelantan (PJK) yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit ini adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PJK.

 

FUNGSI

  1. Sumber rujukan utama dalam pelaksanaan SPK di Politeknik.
  2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau SPK agar selaras dengan keperluan standard yang telah dikuatkuasakan.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK.

 

DASAR KUALITI PJK

Dasar kualiti PJK adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang akuakultur dan agroteknologi melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PJK komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

 

CARTA ORGANISASI

[Klik di sini untuk lihat]

logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.
@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian