ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

TERMA DAN SYARAT 

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Politeknik Jeli Kelantan serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Politeknik Jeli Kelantan bagi akses dan / atau penggunaan laman web ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

 

Had Tanggungjawab 

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Politeknik Jeli Kelantan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada :- 

  • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini; 
  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini; 
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda; 
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau 
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini. 

 

Pautan 

Politeknik Jeli Kelantan boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Politeknik Jeli Kelantan tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Politeknik Jeli Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Politeknik Jeli Kelantan tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

 

Penamatan 

Politeknik Jeli Kelantan boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Politeknik Jeli Kelantan boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Politeknik Jeli Kelantan tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan 

Politeknik Jeli Kelantan mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Politeknik Jeli Kelantan mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

 

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan 

Politeknik Jeli Kelantan mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Politeknik Jeli Kelantan tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

 

Umum 

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada syarat yang tidak konsisten atau percanggahan di antara syarat-syarat ini dan Syarat Standard, syarat-syarat ini akan diterimapakai. Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PERLINDUNGAN DATA :

Teknologi terkini termasuk  penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi  data yang dikemukakan  dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai  untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

KESELAMATAN STORAN :

Semua  storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan  disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Dasar Keselamatan ICT PJK :

Secara  umumnya dasar keselamatan ICT Politeknik Jeli Kelantan adalah berdasarkan kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU. Rujuk di sini .

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PRIVASI ANDA :

Halaman ini menerangkan dasar privasi  yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan  oleh pengunjung.Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel  yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi  bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan  yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam  menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi  lain.

 

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL :

Tiada maklumat  peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali  maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN ? :

Laman  web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya  terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web  yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza  dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi  bagi setiap laman web yang dilayari.

 

PINDAAN DASAR :

Sekiranya  dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.  Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan  maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu,  bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan  atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.

VCNT - Visitorcounter

Today 110

Yesterday 55

Week 222

Month 1221

All 129464

Currently are 47 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian