PELEKAT KENDERAAN (STICKER MOTOSIKAL/KERETA)
Peraturan Lalulintas Politeknik Jeli Kelantan, Perkara 7.0 Kebenaran Membawa dan Menyimpan Kenderaan Di Dalam Kampus, “Semua kakitangan, pekerja kontrak dan pelajar yang bercadang hendak menggunakan kenderaan di dalam kawasan kampus diwajibkan memohon dan mendapatkan pelekat kenderaan secara bertulis .” Sehubungan dengan itu, beberapa ketetapan yang telah dibuat dan perlu dipatuhi oleh pelajar yang membawa dan menyimpan kenderaan di dalam kampus/kamsis.
- Pelajar yang bercadang atau telah membawa kenderaan masing-masing hendaklah membuat permohonan mendapatkan pelekat kenderaan daripada pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui SPMP menu : Permohonan Pelekat Kenderaan ( Sila bawa salinan kenderaan sahaja ke HEP semasa mengambil pelekat dan tiada bayaran dikenakan)
- Setiap seorang pelajar hanya dibekalkan satu(1) pelekat kenderaan samada motosikal atau kereta sahaja
- Pelekat hendaklah dipamirkan dibahagian hadapan kenderaan masing-masing.
- Pengawal keselamatan telah diberi kuasa untuk menahan dan tidak membenarkan kenderaan pelajar yang tidak mempunyai pelekat memasuki kawasan kampus.
- Penguatkuasaan ini akan bermula 1 September 2019.
- Kegagalan pelajar mematuhi peraturan atau ketetapan yang diputuskan akan dikenakan tindakan tatatertib atau kompaun sebanyak RM50.00 atau kedua-duanya sekali.