Inovasi

a. Terma penyertaan dan pendaftaran

  1. Pertandingan ini terhad kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang terlibat dengan program seliaan di bawah Unit Teknologi Pertanian Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
  2. Jumlah peserta bagi setiap penyertaan ialah 3-5 orang pelajar (tidak termasuk pensyarah penyelia)
  3. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan satu (1) penulisan ringkasan (abstrak) inovasi dan satu (1) buah poster bersaiz A1(Potrait).
  4. Setiap pendaftaran penyertaan PROJEK INOVASI perlu dihantar melalui platform di sini.
  5. Contoh templat penulisan abstrak dan poster boleh dimuat turun di sini.
  6. Poster inovasi boleh dihantar dengan muat naik ke link ini.
  7. Selepas pendaftaran diluluskan, peserta TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN MAHUPUN PERMOHONAN PERUBAHAN nama ahli kumpulan, tajuk, dan kategori pertandingan.
  8. Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah baharu. Bagi produk / projek inovasi yang telah DIPERTANDINGKAN dan MEMENANGI APA-APA ANUGERAH TERDAHULU MESTILAH MELAKUKAN PENGUBAHSUAIAN KEATAS REKACIPTA / INOVASI TERSEBUT SEBANYAK 70%.
  9. Sesuatu inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar atau teks.
  10. Pertandingan akan dilaksanakan secara BERSEMUKA.
  11. Tarikh akhir pendaftaran penyertaan dan penghantaran penulisan ringkasan (abstrak) projek inovasi adalah PADA 20 JULAI 2022 JAM 5.00 PETANG.
  12. Tarikh akhir penghantaran poster projek inovasi adalah PADA 15 OGOS 2022 JAM 5.00 PETANG. Poster inovasi bersaiz A1 (POTRAIT) boleh dicetak di atas kertas banner dan dibawa bersama dengan stand bunting pada hari pertandingan.Pihak penganjur tidak menyediakan stand untuk poster.Adalah menjadi tanggugjawab institusi masing-masing untuk membawa stand bunting bagi poster kumpulan masing-masing.
  13. Keputusan penjurian adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
  14. Setiap ahli kumpulan akan diberikan SATU (1) SIJIL PENYERTAAN secara individu dan SATU (1) SIJIL PENGHARGAAN bagi kumpulan yang layak (Emas, Perak,Gangsa) . HANYA SATU (1) PINGAT(MEDAL) SAHAJA akan diberikan kepada setiap kumpulan yang memenangi pertandingan.Manakala SATU (1) Anugerah produk/projek inovasi TERBAIK bagi Kategori Khas (Sijil Asas Kolej Komuniti). (Tertakluk kepada perubahan)
  15. Nama yang tertera di dalam sijil peserta adalah berdasarkan ejaan semasa pendaftaran akaun di platform pendaftaran.
  16. Semua penulisan ringkasan (abstrak) projek inovasi yang berjaya dihantar akan disemak untuk penilaian.
  17. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diajukan kepada Sekretariat Penyelarasan Penyertaan FAMB 2022 melalui e-mel: penyelarasfamb2022@gmail.com atau Puan Erliana Bt Mohamad - 013-9161850

b. Syarat dan peraturan umum pertandingan projek inovasi

  1. Tema produk/projek inovasi :
      - Agroteknologi
      - Bioteknologi
      - Hortikultur Landskap
      - Teknologi Makanan
      - Akuakultur
      - Tenologi Hijau
      - Teknologi Kimia
      - KATEGORI KHAS : Sijil Asas Kolej Komuniti
  2. Peserta boleh memilih sama ada ingin menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa sesi pembentangan.
  3. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal / asli peserta dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Penyertaan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak.

c. Panduan sesi soal jawab

  1. Setiap kumpulan perlu menghadirkan diri semasa sesi soal jawab pertandingan produk / projek inovasi yang akan diadakan pada 27 hingga 29 September 2022. Jadual akan diberikan melalui e-mel / platform utama atau mana-mana platform yang dirasakan sesuai oleh pihak penganjur.
  2. Sesi soal jawab akan dilaksanakan secara bersemuka sahaja.
  3. Sesi soal jawab akan berlangsung diantara 5-15 minit.

d. Panduan penulisan Abstrak (ringkasan) projek inovasi

  1. Penulisan ringkasan (abstrak) inovasi mestilah dihantar dalam dokumen berbentuk MS WORD (.docx atau .doc) mengikut format template yang telah diberikan.
  2. Penulisan ringkasan (abstrak) projek inovasi harus mengandungi latar belakang dan pengenalan projek, kenyataan masalah, objektif projek, metodologi, dapatan dan penerangan produk / projek inovasi serta rujukan secara ringkas sahaja.
  3. Penulisan ringkasan (abstrak) projek inovasi adalah terhad kepada DUA (2) muka surat sahaja, termasuk rujukan.

e. Kaedah / proses penjurian

  1. Semua penyertaan yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar sekiranya peserta gagal mematuhi syarat & peraturan pertandingan yang ditetapkan.
  2. Surat jemputan pertandingan akan dihantar kepada peserta setelah abstrak dan poster yang dihantar telah melepasi penilaian awal oleh pihak penganjur.
  3. Panel juri yang dilantik akan membuat penilaian terhadap hasil produk / projek sewaktu pembentangan secara bersemuka dan sesi soal jawab dengan menilai dalam beberapa aspek seperti berikut:
      i. Keaslian produk / projek inovasi
      ii. Kebolehgunaan produk / projek inovasi
      iii. Kebolehpasaran produk / projek inovasi
      iv. Teknologi yang digunapakai
      v. Pencapaian produk / projek inovasi (penerbitan, geran penyelidikan, pendaftaran harta intelek, pengiktirafan daripada mana-mana organisasi dll)
      vi. Impak

e. Hadiah/Sijil

  1. Pemenang secara keseluruhan: Juara, Naib Juara, Ketiga.
  2. Satu Anugerah produk/projek inovasi terbaik bagi kategori khas.
  3. Anugerah Pingat (Emas/Perak/Gangsa).
  4. Sijil Penyertaan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan.