ADA SEBARANG PERTANYAAN? KLIK DISINI
Ahad-Rabu: 8:00pg-5:00ptg
Khamis: 8:00pg-3:30ptg
Jumaat-Sabtu Tutup
Politeknik Jeli Kelantan,
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli, Kelantan

Log Masuk

Log Masuk
No. Telefon: 09-9443600
No. Faks: 09-9462802

1.0 Pengenalan

Unit Latihan dan pendidikan Lanjutan 9ULPL) merupakan unit yang bertanggungjawab di dalam menguruskan latihan staf serta menyenggara data latihan. Di samping itu, ULPL juga menguruskan program Penswastaan Sektor Masa. ULPL terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

 

1.1.  Bahagian Latihan Staf

Bahagian Latihan staf bertanggungjawab dalam menguruskan latihan iaitu kursus dalaman, kursus luaran dan menyenggara data berkaitan latihan staf. Di samping itu juga, ULPL dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan pensyarah ke Program Sangkutan Industri pensyarah (SIP) yang ingin meningkatkan kemahiran dan kompetensi masing-masing.

 

a. Latihan Dalaman – Latihan yang dianjurkan pleh PJK dengan tenaga penceramahnya samada di kalangan pegawai PJK sendiri atau dari luar (merangkumi kursus, seminar, bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmi dan symposium)

 

b. Latihan Luaran – Latihan yang dihadiri oleh staf PJK di luar organisasi seperti INTAN, MARDI dan lain-lain (merangkumi kursus, seminar, bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmi dan symposium)

 

c. Program Sangkutan Industri Pensyarah – Program Sangkutan Industri pensyarah (SIP) ini telah dikenalpasti sebagai program relevan untuk memperkasa kerjaya pensyarah di politeknik dan kolej komuniti. Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmi dan teori tetapi juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi di sektor industry di samping memberi pendedahan kepada budaya kerja dalam pelbagai sektor di industry. Secara langsung program ini telah memenuhi kehendak objektif Pengajian Politeknik.

 

1.2  Bahagian Penswastaan Sektor Masa (TSP)

Program TSP dilaksanakan di Politeknik Jeli Kelantan (PJK) semenjak ia tahun 2000. Ia merupakan program yang bertanggungjawab untuk menguruskan Program Terlanggan dan Program Jangka Pendek. Namun begitu, Kursus Secara SAmbilan belum ditawarkan lagi di Politeknik Jeli Kelantan buat masa kini.

 

a.  Program Jangka Pendek

Program Jangka Pendek ialah program yang dilaksanakan di antara politeknik dengan industry dan pihak luar mengikut struktur yang ditetapkan oleh politeknik dalam memberi latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat.

 

b.  Kursus Terlanggan

Program yang dilaksanakan mengikut keperluan pihak industry sepenuhnya. Tenaga pengajar terdiri daropada pihak industry dan juga institusi yang berkenaan. Peserta yang dipilih adalah dari kalanagan kakitangan industry yang memerlukan latihan yang berkenaan. Kemudahan seperti peralatan asal dan bengkel akan disediakan oleh politeknik

 

2.0  Kursus Yang ditawarkan

Kursus PSH yang ditawarkan di Politeknik Jeli Kelantan memberikan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup. Latihan diberikan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel. Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan. Pelaksanaan kursus adalah keutamaan pada hujung minggu serta cuti umum bergantung kepada permintaan peserta dan mencukupi jumlah minimum. 

 

3.0  Kemudahan/ Fasiliti Ditawarkan

       ♦ Bilik Seminar

       ♦ Makmal Kompute

       ♦ Dewan

 

4.0  Carta Organisasi 

Ketua Unit : Pn. Nur Hafizah Bte Misman

logo-website.png
Politeknik Jeli Kelantan
Jalan Raya Timur Barat,
17600 Jeli,
Kelantan.

VCNT - Visitorcounter

Today 115

Yesterday 55

Week 227

Month 1226

All 129469

Currently are 35 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

@ Hakcipta Politeknik Jeli Kelantan 2019

Carian