Seminar Penyelidikan Festival Agromakanan dan Bioteknologi (FAMB) merupakan program yang diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama kelolaan oleh Politeknik di bawah bidang Teknologi Pertanian. Pada tahun 2022 dengan bertemakan "". FAMB 2022 diadakan di Politeknik Jeli Kelantan
PJK merupakan politeknik yang ke-22 ditubuhkan pada tahun 2007 menawarkan dua program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan oleh PJK iaitu Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur yang mana telah mendapat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan-badan professional.
Para Penyelidik dialu-alukan untuk menyertai pembentangan kertas kerja merangkumi pelbagai bidang berasaskan teknologi makanan, pertanian dan lain-lain. Sila klik butang di bawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Inovasi mencetuskan idea-idea baru dalam mengembangkan bidang teknologi makanan dan pertanian. Inovasi dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti. Sila klik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bagi yang berminat.
Daerah Jeli mempunyai keistimewaan dan potensi yang besar untuk dikembangkan sebagai hub agri. Kenali program-program TVET yang menjadi pemangkin kepada perkembangan ini.